Unifi Mobile tawar berPULUH data

Share Button

Unifi Mobile bakal diperkenalkan sebelum hujung bulan dengan pelan bulanan serendah RM79.

Namun, anda boleh dapatkan pek pemula pada harga RM10.90 sekarang dan nikmati data hingga 20GB (LTE saja) pada pelan promosi.

Anda boleh menempah kad sim (5 kad maksimum) pada aplikasi Unifi Mobile yang boleh dimuat turun menerusi iOS atau Android.

Unifi Mobile pada harga promosi juga akan memperoleh 50MB (3G atau LTE), 10 minit panggilan ke semua rangkaian dan 10 SMS juga ke seluruh rangkaian.

Kemudian, anda boleh menambah 8GB (4GB LTE dan 4GB LTE/3G) pada harga RM50 tanpa had masa.

Unifi Mobile juga menawarkan 4GB (2GB LTE dan 2GB LTE/3G) pada harga RM30 tanpa had masa atau 2GB (1GB LTE dan 1GB LTE/3G) pada harga RM15 tanpa had masa.

Selain itu, Unifi juga menyediakan Internet asas 1GB LTE/3G pada harga RM13.

Rangkaian Unifi Mobile beroperasi pada 850MHz Band 5 LTE dan anda perlu pastikan fon atau peranti berkaitan menyediakan jalur tersebut.

Apa komen anda?