TMJ lancar siaran langsung percuma Liga Super di iflix

Share Button

Kaki bola sepak tempatan bakal menikmati semua 141 perlawanan Liga Super secara percuma untuk musim 2018.

Selain Liga Super, Piala FA dan Sumbangsih juga ditawarkan.

Kevin Ramalingam, CEO Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) berkata ia sebagai usaha merakyatkan bola sepak dan sebagai persediaan era digital di Malaysia.

“Rakyat Malaysia perlu dibiasakan terlebih dulu dengan cara digital dan kita akan menawarkannya secara percuma terlebih dulu kemudian jika keadaan bersesuaian barulah caj yang minimum diperkenalkan namun caj tersebut hanya kira-kira sama harga dengan dua tiket ke stadium sebulan.” Itulah yang dijanjikan Kevin ketika majlis kerjasama dengan iflix yang berlangsung di Johor Bahru.

TheSkop yang menghadiri majlis tersebut difahamkan, iflix akan menawarkan semua enam perlawanan Liga Super 2018 seminggu serentak dengan harga hanya RM20 sebulan.

Patrick Grove yang juga Pengerusi iflix memaklumkan ia bersedia menawarkan siaran langsung dan kandungan hubris is berkaitan bola sepak serta rangkuman semua perlawanan yang akan disiarkan hujung minggu.

Tunku Ismail Idris yang juga Presiden FAM berada pada majlis sama.

“Semua patut bersedia untuk inovasi baru dan seperti yang beta tegaskan sebelum ini, kita akan merakyatkan bola sepak dan boleh ditonton semua.” Jelas baginda.

Kaki bola sepak boleh terus melanggan pakej bola sepak tanpa perlu melanggan pakej lain.

Apa komen anda?