[TIP] Jangan pandang rendah keupayaan Lesley – Mobile Legends

Share Button

Potensi Lesley dalam Mobile Legends jangan dipandang remeh.

Watak tersebut boleh membawa kemenangan jika kena pada caranya dan item yang digunakan ketika menyerang musuh.

Lesley mempunyai keunikannya apabila mempunyai ‘lethal shot’ yang dikira serangan paling asas tapi padu namun selepas 5 saat dan musuh masih bertahan, serangan akan memusnahkan kira-kira 35%.

Kemudian, Lesley mempunyai skil poking yang lebih baik dan jangan lupa gunakan minion kecil bersama untuk ‘last hitting’.

Dalam Mobile Legends, Lesley juga hebat menyembunyikan diri. Sesuai dengan gelaran ‘Master of Camouflage’ yang membolehkannya hilang kira-kira 3 saat. Tempoh masa ini sesuai untuk mengelirukan musuh.

Bagi ‘Tactical Grenade’ pula, ia terletak pada kekuatan Lesley yang mampu membuat letupan di belakang musuh yang akan mematikan ‘ultimate snipe’ dan melepaskan peluru terus dan laju.

Skil ini sangat sesuai untuk digunakan dalam jarak yang sedikit jauh terutama ketika musuh sedang dalam bersiap untuk menyerang.

Pada ‘Ultimate Snipe’ pula, ia menunjukkan ciri hebat Lesley dengan mampu menembak 4 peluru yang padu mengurangkan sedikit kuasa musuh.

Setiap peluru akan regen kepada 10 energies. Tapi ingat, serangan peluru ini boleh dipatahkan. Misalnya zhask’s homunculus dan vexana’s puppet.

Lesley juga mempunyai skil rahsia! iaitu 10 nyawa yang tidaklah terlalu hebat tapi kadang-kadang berguna.

Cadangan item yang boleh disesuaikan dengan Lesley:
1. Berserkers Fury – +65 Physical Attack, +25% Critical Strike Chance (emas fiperlukan: 2400)
2. Endless Battle – +65 Physical Attack, +25 Magic Power, +250 HP, +300 Mana, +5% Movement Speed, +15% Lifesteal (emas diperlukan: 2470)
3. Blade of Despair – +170 Physical Attack, +10% Attack Speed (emas diperlukan: 3010)

Apa komen anda?