[TIP] Cara pindah data iOS ke Android

Sudah menjadi kebiasaan menukar telefon dan berubah dari satu sistem operasi atau OS ke OS yang lain.

Misalnya, Android ke iOS dan sebaliknya juga. Sama ada membelinya baru atau telefon terpakai, data yang ada di dalam termasuk nombor contact, gambar, video dan kalendar.

Ya, terdapat juga aplikasi tertentu yang menawarkan pemindahan (pihak ketiga) tetapi elok juga mencubanya mengikut cara dan atas nasihat Google.

TheSkop fokus kepada penukaran daripada iOS ke Android jadi anda boleh ikut langkah ini dengan tiga langkah mudah.

1. Muat turun dulu Google Drive dalam iOS sekarang. Masukkan emel Gmail sedia ada atau cipta akaun baru Gmail. Apa yang TheSkop boleh nasihat, lebih baik sekiranya cipta saja emel baru jadi anda terus memperoleh storan 15GB dan ia juga kosong untuk memuatkan pelbagai perkara.

2. Selepas habis muat turun aplikasi Google Drive, sila buka ikon backup pada Menu > Settings > Backup. Pilih kandungan mana yang anda mahu backup dan tekan saja ikon ‘Start Backup’. Dalam langkah ini, lebih baik anda gunakan wifi kerana ia mungkin mengambil masa berjam-jam. Oh ya, pastikan bateri cukup!


3. Kemudian, ambil pula telefon/peranti Android anda. Sila log masuk ke akaun Google yang sama dengan akaun yang anda gunakan untuk backup tadi. Tutup dulu iMessage ya.

Apa yang anda boleh pindah hanyalah nombor contact, gambar, video dan kalendar namun bukan aplikasi-aplikasi.

Tetapi anda boleh dapatkan semula data aplikasi sekiranya anda log pada aplikasi itu sendiri dan ia bukannya melibatkan OS.

Terima kasih kepada pembaca TheSkop, Mohd Arif yang bertanyakan tentang cara ini. Selamat mencuba

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: