[CES2018] Samsung lancar TV terbesar dunia

Share Button

Kejutan CES 2018 diteruskan dengan TV 146-inci yang digelar The Wall hasil teknologi Samsung melalui MicroLED.

TV yang perlu dipasang di dinding tersebut mempamerkan paparan yang sangat cantik sekaligus sudah pasti merubah cara anda menonton televisyen.

Ditambah pula, ia boleh dipasang dengan hab pintar seperti pemain media dan sebagainya membolehkan tontonan melalui strim seperti Netflix dan YouTube pada paparan jenis definisi tinggi.

Tanpa mengehadkan saiz, resolusi dan bentuk, The Wall boleh memancarkan mana-mana kandungan tanpa memecahkan paparannya berdasarkan skala mikrometer LED yang lebih kecil berbanding LED itu sendiri.

Pengenalan The Wall selaras dengan konsep Samsung tahun ini untuk Smart TV yang juga bermakna pengguna akan memperoleh keupayaan fungsi Bixby, SmarThings dan Universal Guide dalam semua produk Samsung.

Bixby misalnya membolehkan interaksi antara pengguna dan TV secara lebih dekat untuk mengetahui tabiat tontonan pengguna berdasarkan antaramuka yang sangat intuitif dan keupayaan analisis suara yang lebih pintar.

Samsung CES 2018, First Look Event at Enclave on Sunday, Jan. 7, 2018 in Las Vegas. (Photo by Danny Moloshok/Invision for Samsung/AP Images)

Apa komen anda?