Telefon AI pertama Honor mula dijual dengan harga?

Share Button

Selepas Honor 8 Pro, Honor 6A dan 7X, kini mata tertumpu kepada fon baru iaitu View10 yang bakal dijual pada 12 Januari ini.

Pra tempahan bermula 8 Januari dengan Honor View10 menjadi fon pertama lengkap artificial intelligence (AI) yang berfikir, belajar dan bertindak balas mengikut tabiat anda.

Dijual pada harga RM2,099, ia akan datang dengan jualan khas iaitu hadiah eksklusif bernilai RM699 kepada 1,000 unit pertama ketika pra tempahan di platform seperti Vmall, Lazada, Shoppe dan 11Street.

Hadiah tersebut termasuk honor band A2 dan kad tebus nilai Final Fantasy.

Sebanyak dua warna ditawarkan iaitu biru dan hitam dengan RAM 6GB serta ROM 128GB.

Beroperasi pada Kirin 970 yang melengkapkan CPU octa-core ARM Cortex GPU Mali-G72 12-core pertama di pasaran, ia juga menggunakan antaramuka EMUI 8.0.

Honor View10 mempunyai jangka hayat bateri 3750mAh dengan teknologi honor SuperCharge yang mampu mengecas 50% bateri dalam tempoh 30 minit.

Kamera AI pertama juga diperkenalkan dengan dua lensa 16MP + 20MP yang bercirikan f/1.8 apertur lebar dan 2-dalam-1 PDAF.

Apa komen anda?