Telco mana tak caj data bila WhatsApp?

Pelanggan prabayar U Mobile kini boleh menarik nafas lega apabila syarikat telco tersebut membawa khabar gembira kepada mereka yang suka bersembang

U Mobile melalui pelan UMI 36 dan UMI 26 boleh menggunakan aplikasi WhatsApp dan WeChat tanpa dikenakan sebarang bayaran dan kehabisan data.

Pada masa sama, pelanggan kedua-dua pelan prayabayar tersebut juga memperoleh langganan JOOX VIP selama 30 hari percuma.

U Mobile juga menawarkan strim muzik tanpa had melalui Music-Onz.

Berbekalkan bayaran RM36 sebulan, pelanggan UMI 36 memperoleh internet berkelajuan tinggi 7.5GB di samping 7.5GB lagi untuk strim video melalui Video-Onz manakala data tanpa had untuk strim YouTube dari jam 2 pagi hingga 10 pagi diteruskan.

Manakala pelanggan yang melanggan UMI 26 menikmati internet 2.5GB dan 2.5GB lagi untuk strim video melalui Video-Onz.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: