Swap motor dengan iPhone

Share Button

Seorang pengguna di Johor Bahru sanggup menukar (swap) motosikal Modenas Dinamik kepada sesiapa yang sudi menawarkan iPhone X atau IPhone 8 Plus.

Motosikal yang dibeli pada 2016 itu masih mempunyai cukai jalan yang hidup dan tamat tempoh pada bulan 11 tahun ini.

“Saya malas nak jual, baik tukar (swap) dengan barang lain terus.” Kata pengguna dengan nama ArenazFinie itu yang mengepos status tersebut di salah satu grup di Facebook.

Modenas Dinamik 2016 berharga RM6,149 ketika ia mula dikeluarkan pada tahun 2014 dan nilai motosikal tersebut untuk tahun 2016 kira-kira RM4,100 hingga RM5,000.

Manakala iPhone X pula berharga RM5,149 paling murah manakala iPhone 8 Plus pula berharga RM4,899.

Motosikal tersebut dikatakan dalam keadaan baik dan bebas kemalangan.

Apa komen anda?