Samsung cantas harga 3 model fon ini

Share Button

Samsung menurunkan harga tiga model telefon mereka termasuk Galaxy Note Fan Edition, Galaxy J7+ dan Galaxy J7 Pro.

Galaxy Note Fan Edition, Galaxy J7+ dan Galaxy J7 Pro kini berharga RM2,199, RM1,299 dan RM1,099.

Sebelum ini, ia dijual pada harga RM2,599; RM1,599 dan RM1,199.

Samsung Galaxy Note Fan Edition mempunyai prosesor berkelajuan 2.3GHz dan 1.6GHz dengan paparan 5.7 inci 2560 x 1440 piksel dual edge Super AMOLED.

Ia mempunyai kamera 12MP (f1.7) dan 5MP (f1.7) di depan manakala baterinya pula berkapasiti 3200mAh.

Selain RAM 4GB, ia juga lengkap storan 64GB dengan ciri dwi SIM.

Samsung Galaxy J7+ pula mempunyai prosesor berkelajuan 2.39GHz dan 1.69GHz dengan paparan 5.5 inci 1080 x 1920 piksel Super AMOLED.

Selain RAM 4GB, ia juga lengkap storan 32GB dengan ciri dwi SIM.

Ia mempunyai kamera 13MP (f1.7) dan 5MP (f1.9) di depan manakala baterinya pula berkapasiti 3000mAh.

Manakala Samsung Galaxy J7 Pro mempunyai prosesor berkelajuan 1.6GHz dengan paparan 5.5 inci 1920 x 1080 piksel Super AMOLED.

Ia mempunyai kamera 13MP (f1.7) dan 13MP (f1.9) di depan manakala baterinya pula berkapasiti 3200mAh.

RAM pula berkapasiti 3GB dan ia juga lengkap storan 32GB dengan ciri dwi SIM.

Apa komen anda?