[PREVIU] Honor View10, tamparan ‘Farid Kamil’ untuk pesaing

Share Button

Kalau bajet menjadi penghalang kepada niat membeli telefon dengan kebanyakan flagship berharga minimum pun RM3,000, ada dua alternatif yang boleh diteroka sama ada OnePlus 5T atau yang leibh baik, Honor View10.

Ada yang memanggilnya V10 dan ada yang memanggilnya View10. Keduanya sama cuma, V10 hanya digunapakai di China berikutan isu hak milik nama ‘V’ jika ia dibawa keluar dari tanah besar tersebut.

Berbalik kepada Honor View10, kosnya separuh daripada iPhone X (berharga minimum RM5,149) – sebenarnya lebih dari separuh harganya tapi mungkin anda memiliki sesuatu yang ok mengikut harga nilai tersebut.

Honor View10 yang berharga RM2,099 mempunyai ciri paling berkuasa dalam model Honor itu sendiri dan ia berikutan fon AI kedua ditawarkan selepas Honor Magic.

Storannya sangat besar, 128GB dengan RAM 6GB yang kemudian mempunyai CPU Kirin paling tinggi, Kirin 970 ocra core ( 4 x 2.36GHz+ 4 x 1.8GHz).

Rekaannya sudah menghampiri skrin tanpa sempadan. Maklumlah nama penuh View10 pun sebenarnya FullView.

Aluminium di belakang dengan corak dan warna kemasan fon yang agak menarik bagi Honor View10. Sekali pandang, nampak dah cantik!

Pada 7mm nipis, ia agak selesa ketika Sam masukkan dalam poket manakala dwi kamera di belakang agak tersembul keluar tapi bukan isu besar. Lebih kurang sama lensa iPhone 6S dulu.

Mungkin pertama kali juga Sam mencuba produk Honor yang mempunyai sambungan USB-C. Ia juga mempunyai dua slot kad macam biasa, satu untuk SIM dan satu lagi slot pilihan bagi SIM atau kad microSD.

Skrin 5.99 inci LCD dengan nisbah aspek 18:9 memang cukup lebar ketika menonton.

Kamera pula 16MP+20MP dengan apertur antara f0.95 hingga f.16 manakala kamera depan pula 13MP jenis PDAF.

Terdapat pengimbas cap jari di butang depan bahagian bawah namun menariknya, fungsi face lock boleh terus dipakai apabila anda menggunakan fon ini yang turut beroperasi pada Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0.

Apa komen anda?