Pelanggan Digi mengadu masalah tak dapat internet

Share Button

Digi, syarikat telco mengakui sistem rangkaiannya menghadapi masalah sekejap awal pagi yang mengundang masalah kepada pelanggannya.

Bagaimanapun, masalah tersebut sudah diatasi dan ia berpunca daripada bekalan elektrik terputus berikutan kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu pejabatnya.

Mengikut sumber yang memaklumkan kepada TheSkop.com, masalah dihadapi bermula pada pukul 4 pagi tadi dan kemudiannya sistem yang tergendala mengakibatkan beberapa gangguan apabila ia dibaikpulih sepenuhnya selepas itu.

Masalah itu bagaimanapun hanya masalah terpencil dan pelanggan Digi kini tidak mempunyai isu untuk menggunakan khidmat sebelum tengahari tadi.

Awal pagi ini, pelanggan Digi mengadu kepada TheSkop.com tentang masalah rangkaian yang menyebabkan fon masing-masing tidak mempunyai akses kepada internet.

Apa komen anda?