Oppo tawar fon ini harga murah

Share Button

Zaman kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) kini memasuki semua fon pintar. Terbaru model Oppo A83 harga murah yang memperkenalkan ciri tersebut pada teknologi OPPO A.I. Beauty Recognition.

Ia bertindak mencantikkan wajah dengan pengalaman swafoto berlainan terutama kepada golongan muda.

Oppo A83 datang dengan RAM 3GB bersama bateri 3180mAh yang berharga hanya RM999 saja yang ditawarkan dengan dua warna: hitam atau emas.

Sudah pasti, Oppo A83 menjadi fon swafoto dengan kamera depan 8MP menggunakan teknologi OPPO A.I. Beauty Recognition tersebut manakala kamera utama pula 13MP.

A83 mempunyai skrin 5.7 inci dengan kemudahan fullview 18:9 sesuai untuk melihat gambar, video dan bermain game berdasarkan resolusi 1440 X 720 piksel.

Terdapat tiga slot kad khas untuk dua kad sim dan satu kad microsd.

Menggunakan prosesor MediaTek MT6763T, octa-core 2.5GHz, Oppo A83 tersedia dengan ROM 32GB.

Comments

Apa komen anda?