Maxis cuba bikin gempak dengan tawaran ini

Share Button

Maxis Berhad melemparkan berita gembira kepada pengguna dengan pelan Hotlink RED baru yang sukar ditolak.

Kali ini, pelan Hotlink RED memuatkan data 10GB khas untuk Facebook dengan internet yang berkelajuan tinggi setiap bulan.

Selain itu, pelan Hotlink RED turut menawarkan pengguna bersosial dan bersembang tanpa had hanya dengan pembelian pas MI, serendah RM3 untuk 2GB.

Hotlink mempertingkatkan pengalaman Internet pelanggan dengan pelancaran pek prabayar terkini, Hotlink RED itu yang selalunya ditawarkan dengan pelbagai syarat, terutamanya bagi had laju dan penggunaan.

Dengan Hotlink RED, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman Internet berkelajuan tinggi tanpa had dan tanpa sebarang batasan.
 
“Dengan pelancaran pek Hotlink RED terbaru kami, kami ingin memberi pelanggan kuasa dan kebebasan untuk mengalami Internet dengan cara yang mereka gemari, tanpa berasa bimbang tentang batasan masa atau penggunaan. Selain itu, mereka boleh menikmati pek ini di rangkaian terpantas 4G No. 1 serta 10GB Facebook berkelajuan tinggi setiap bulan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.
 
Pek permulaan Hotlink RED berharga RM10 dilengkapi dengan kredit RM5, 300MB Internet berkelajuan tinggi dan menawarkan pelanggan:
• 10GB Facebook berkelajuan tinggi tanpa batasan
• Pas Internet mudah alih dari serendah RM3 untuk 2GB
• Boosters Sosial & Chat tanpa had untuk aplikasi kegemaran mereka dengan sebarang pembelian pas MI pada aplikasi Hotlink RED
• Tawaran terbaik HotlinkMU setiap hari di aplikasi Hotlink RED
• Kadar IDD dan IDD Hot bundle terbaik

Apa komen anda?