DJI Mavic Air masuk Malaysia

Share Button

DJI Mavic Air mula dijual di Malaysia yang mampu terbang sejauh 4 kilometer dan merakam video slo mo.

Menarik juga kepada kaki backpacker atau panjat gunung, Mavic Air menjadi teman untuk merakam pemandangan indah nanti.

Mavic Air mempunyai mod panorama dan rakaman 4K namun dan disahkan frame rate pada kadar 30fps.

Manakala video slo mo juga pada 120fps.

Terdapat juga kawalan gestur, sensor mengelak halangan, boleh lipat dan masa penerbangan 21 minit.

Dron Mavic Air juga datang dengan 3 warna iaitu hitam, putih dan merah.

Mavic Air akan ditonjolkan sebagai peranti di antara Mavic Pro dan Spark.

Kipasnya boleh dilipat masuk dengan storan dalaman 8GB serta boleh dimuatkan kad microsd.

Berasaskan USB-C untuk mengecas, Mavic Air dijual pada harga RM3,399 untuk Basic dan RM4,399 bagi Combo.

Apa komen anda?