Dron Mavic Air mula tular

Share Button

DJI dijangka memperkenalkan dron terbaru, Mavic Air esok namun gambar yang dikatakan rekaan terbaru itu sudah tersebar di internet.

Blog DroneDJ yang pertama menyebarkan gambar yang terbocor itu yang hampir sama dengan versi RM2,499 Mavic Pro pada 2016 dengan kamera 32 megapiksel disediakan pada gimbal tiga arah.

Ia mempunyai mod panorama dan rakaman 4K namun belum disahkan frame rate.

Terdapat juga kawalan gestur, sensor mengelak halangan, boleh lipat dan masa penerbangan 21 minit.

Dron Mavic Air dikhabarkan juga datang dengan 3 warna iaitu hitam, putih dan merah.

Mavic Air akan ditonjolkan sebagai peranti di antara Mavic Pro dan Spark.

Apa komen anda?