Mat Dan Gadgetman: 15 gambar Mat Dan rakam guna Huawei Mate 10

Share Button

Mat Dan yang mencuba Huawei Mate 10 menjumpai beberapa ciri menarik dan terpegun dengan kamera mengagumkan.

Kebanyakan foto yang dirakam Mat Dan berjaya mencipta visual menarik ditambah ciri kecerdasan pintar atau AI yang beroperasi dalam kamera Huawei Mate 10 ini.

Setiap imej diproses dengan AI menerusi Mate 10 mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, matahari terbit dan potret.

Kemudian, setting akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Sebab itu, Mat Danlangsung tidak mempunyai masalah merakam foto dan hanya sekali dua menekan butang ‘shutter’ sudah boleh mendapatkan gambar yang cantik.

Jom tengok 15 gambar eksklusif yang Mat Dan rakam untuk pembaca TheSkop.com:

Untuk pautan reviu, tonton saja di sini.

Apa komen anda?