Kerajaan mahu ‘game’ anda

Share Button

Kerajaan akan memberi lebih penerangan tentang game di peringkat sekolah dalam usaha menggalakkan aktiviti tersebut di kalangan anak muda.

Menteri yang berkaitan iaitu Datuk Seri Panglima Md Salleh Md Said, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mahu memberi penerangan lebih jelas tentang game yang disalah erti sebelum ini sebagai membuang masa.

“Ada ibu bapa anggap game itu sekadar bermain dan membuang masa saja walhal ada gambaran lebih besar yang memberi impak positif.”

“Oleh itu, saya bersetuju kerajaan menerusi MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) perlu masuk ke sekolah dan meluaskan skop tentang industri game itu sendiri.”

“Kita lihat sebenarnya ramai bakat yang terdiri daripada anak muda Malaysia berbilang kaum berjaya menembusi pasaran game dengan mencipta game itu sendiri.”

“Ada anak Malaysia yang bekerja di Jepun menjadi ketua yang membangunkan game Final Fantasy.”

“Ia bukti kemampuan dan kerajaan akan teruskan galakkan.” Itu kenyataan dikeluarkan Datuk Seri Panglima Md Salleh Md Said ketika melawat Komune yang menempatkan 54 syarikat game Malaysia di Kuala Lumpur yang diselenggara MDEC.

Apa komen anda?