Kena fitnah di WhatsApp, Facebook? Ini yang anda boleh lakukan

Share Button

Anda rasa anda sedang difitnah di Facebook atau WhatsApp? Sebenarnya anda boleh membuat tindakan mahkamah.

Pengamal undang-undang, Arif Muazzim Abdul Rahman, berkata anda boleh kemukakan saman fitnah terhadap seseorang jika dia memfitnah anda sama ada secara lisan atau secara bertulis contohnya di Facebook, akhbar, WhatsApp dan sebagainya.

“Fitnah mestilah mengandungi tiga elemen. Jika tak ada elemen-elemen ini, anda tak boleh kemukakan saman fitnah terhadap seseorang.” kata Arif
Elemen-elemen tersebut ialah:

1. Kenyataan yang dibuat adalah satu fitnah.

-Jika ia sekadar kritikan atau teguran tanpa niat jahat, ia bukan satu fitnah.
-Jika anda memang melakukan sesuatu perkara yang dituduh itu dan ada orang menyebarkannya, maka itu bukan fitnah.

2. Kenyataan yang dibuat ditujukan kepada anda.

Anda tak boleh kemukakan saman fitnah kepada seseorang jika dia tak sebut atau tak kaitkan pun nama anda.

Namun, jika dia buat kenyataan bersifat sindiran walaupun nama anda tak disebut dan orang ramai boleh tahu ianya ditujukan kepada anda, maka anda masih ada peluang untuk kemukakan saman fitnah.

3. Kenyataan yang dibuat disebar kepada pihak ketiga.
Jika dia hanya buat kenyataan fitnah tersebut kepada anda sahaja tanpa ada orang lain mendengarnya/mengetahuinya, maka saman fitnah tak boleh dibuat.

Arif juga berpesan dalam page FB AmarFanPage. selain anda boleh kemukakan saman sivil, fitnah adakalanya menjadi kes jenayah/polis.

Apa komen anda?