Share Button

Sejak LTE diperkenalkan di Malaysia empat tahun lepas, banyak syarikat telekomunikasi mendongak ke langit mengatakan mereka benar-benar penyedia rangkaian tersebut yang menghasilkan internet pantas.

Namun, lain ceritanya apabila data bebas ditunjukkan. OpenSignal yang mengkaji enam syarikat telekomunikasi di Malaysia mengatakan hanya dua saja yang menyediakan isyarat 4G terbaik.

Manakala tiga syarikat juga membekalkan kelajuan muat turun pada kadar lebih baik atau sama paras dengan purata kelajuan dunia.

Enam syarikat yang dipantau termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Webe Dan YES berdasarkan analisis 1 bilion data daripada 75,288 pengguna.

YES berada di kedudukan tertinggi dengan kadar isyarat LTE apabila mencatatkan peratusan 93.2% menewaskan Maxis di tangga kedua dengan 80%.

Manakala empat lagi syarikat mencatatkan peratusan antara 62% dan 74%. Maxis memenangi anugerah kategori kelajuan 4G dengan purata kelajuan muat turun 23.6Mbps iaitu 3Mbps berbanding YES.

Manakala Celcom di tempat ketiga dengan 16.2Mbps.

Menyedihkan apabila tiga operator berada di bawah paras ok iaitu Digi (11.8Mbps) manakala U Mobile dan Webe sama ada 7Mbps atau lebih rendah.

Lebih menyedihkan apabila rumusan OpenSignal mengatakan kelajuan 3G di Malaysia tidak memuaskan apabila hanya mencatatkan purata 4.4Mbps muat turun.

Empat operator yang menyediakan khidmat 3G mencatatkan muat turun yang sangat perlahan iaitu Maxis (3.8Mbps) manakala Celcom, U Mobile dan Digi hanyalah 3Mbps.

Apa komen anda?