Internet lebih murah dengan YES 4G, bila tu?

Pelanggan YES dijangka menikmati kadar internet lebih murah tahun ini dengan beberapa pelan baru yang diperkenalkan YTL Communications, syarikat yang memasarkan rangkaian 4G LTE di seluruh negara.

YTL Communications mengesahkan kepada TheSkop pelan tersebut akan mula diperkenalkan secepat mungkin memandangkan permintaan kepada data internet laju 4G LTE semakin mendapat tempat.

“Saya berani jamin, pengguna akan mendapat internet lebih murah tahun ini dengan pelan YES 4G.” Itulah yang dinyatakan Wing K Lee, CEO YTL Communications kepada TheSkop.

Pada masa sama, rangkaian YES akan terus dinaik taraf bagi memastikan mutu internet semakin baik dan stabil.

Sehingga kini, YES memiliki pascabayar dan prabayar YES 4G di samping 4G Broadband yang ditawarkan kepada pengguna.

Pelanggan YES 4G pascabayar mendapat 20GB dan 30GB data sekiranya melanggan Postpaid 78 atau Postpaid 88.

Manakala pelanggan pascabayar pula mendapat data sebanyak 10GB dengan kadar bayaran RM30 untuk sebulan.

“Rangkaian fiber juga ditawarkan di kampus universiti terbesar di Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara dan ia kemudahan yang dibangunkan sendiri oleh kami tanpa menumpang mana-mana penyedia lain.” jelas CEO YTL Communications itu lagi.

%d bloggers like this: