Huawei buat kerja gila, Mana dapat laptop harga ni!

Share Button

Huawei melakukan kerja gila apabila menawarkan laptop 2-dalam-1 Huawei Matebook dengan potongan harga sehingga 70%.

Harga asalnya berjumlah RM6,167 jika dicampur dengan Huawei MateDock (RM399) dan Huawei MatePen (RM369) tetapi ia hanya dijual pada harga RM1,599.

Tapi, ia hanya berlaku pada ‘flash sale’ yang berlangsung 22 Januari ini bermula 3 petang.

Pengguna yang mahu mendapatkannya hanya perlu melayari sale.vmall.my/matebook untuk membeli.

Spesifikasi ditawarkan termasuk skrin 12 inci  2160 x 1440 IPS TFT LCD bersama prosesor Intel Core m3 gen-6.

Selain itu, Huawei Matebook juga mempunyai RAM 8GB dengan pemacu SSD 256GB manakala penghantaran ke rumah juga ditawarkan percuma.

Huawei Matebook beroperasi pada OS Windows 10 dengan kenipisan 6.9mm (body saja) manakala baterinya mampu memainkan muzik selama 29 jam atau menonton video untuk 9 jam atau bekerja dengan 10 jam ketahanan.

Semuanya hasil kapasiti bateri 4430mAh yang juga pantas mengecas dan warna ditawarkan adalah emas.

Apa komen anda?