ASUS jawab kenaikan harga minyak!

Share Button

Harga minyak naik, harga ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) turun. Sebelum ini, ia dijual pada harga RM799 tapi bermula sekarang harganya cuma RM699 dengan spesifikasi boleh tahan.

ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) mempunyai skrin 5.2-inci dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan merah jambu.

Zenfone 4 Max (ZC520KL) ini memiliki skrin IPS HD berukuran 5.2-inci, dan dikuasakan pemproses Snapdragon 425. Ia dilengkapi RAM 3GB bersama storan dalaman 32GB. Salah satu perkara menarik adalah sokongan tiga kad serentak, iaitu dua kad sim dan kad mikro boleh digunakan secara aktif.

Tarikan utama pastinya kapasiti bateri yang besar, iaitu 4,100mAh yang dipadankan bersama pengecas 10W (5V/2A). Ia turut boleh bertindak sebagai powerbank bagi mengecas peranti lain.

Kameranya juga tidak boleh dipandang enteng. Di belakang ia menggunakan lensa berkembar, lensa telefoto 13MP F2.0 25mm bersama lensa lebar 5MP 120-darjah 17.9mm. Kamera hadapan pula 8MP 24mm bersama LED Flash bercahaya lembut untuk swafoto yang senantiasa cerah.

Apa komen anda?