Fitbit Ionic bukan sekadar jam, tak perlu bawa dompet

Share Button

Fitbit mempunyai model baru, Fitbit Ionic yang mempunyai keupayaan yang lebih hebat berbanding model lama, Blaze.

Sam yang melihatnya hari ini mendapati Fitbit Ionic sudah sedia terpasang dengan GPS di dalam berbanding Blaze yang hanya datang dengan ‘connected GPS).

Malah, Sam juga mendapati Fibit Ionic mampu menyimpan 300 lagu dengan storan dalamannya tersendiri atau muat turun daripada Pandora.

Fitbit Ionic juga kini sah boleh dibawa terjun dalam kolam renang berbeza dengan Blaze yang tidak dinyatakan keupayaannya (Sam pun tak berani untuk membawa masuk Blaze dalam kolam renang, rosak nanti, tiadalah waranti).

Bagi jangka hayat bateri pula, biarlah kita tungu untuk reviu penuh nanti.

Sam difahamkan satu lagi fungsi menarik dalam Fitbit ini dalah Fitbit Pay yang bertindak dan beroperasi seakan Samsung Pay.

Anda boleh gunakan jam ini untuk membayar di kedai dan menariknya ia akan diperoleh tidak lama lagi.

Fitbit memaklumkan, mereka sudahpun berbincang dengan beberapa bank di negara ini dan berharap penggunaan Fitbit Pay akan dilaksanakan secepat mungkin.

Fitbit Pay membolehkan bayaran dibuat terus menerusi jam pintar ini berdasarkan teknologi Paywave.

Pada harga RM1,399, Fitbit Ionic mempunyai beberapa sensor seperti altimeter, 3-axis, kompas digital, GPS, pengesan degupan jantung optikal dan sensor pencahayaan ambien

Tempoh mengecasnya hanya satu hingga dua jam selain menggunakan sambungan bluetooth 4.0 yang mesra Android, iOS atau Windows.

Fitbit Ionic sudahpun mula dijual sekarang.

Apa komen anda?