Dua fon ini bakal mempunyai ciri sama dengan iPhone X tapi harga jauhhhhh lebih murah

Dua model fon Honor, 7X dan View10 bakal memperoleh ciri yang ada dalam iPhone X.

Sekiranya iPhone X dijual pada harga RM5,149 untuk fungsi buka kunci berdasarkan atau face unlock, Kedua-dua model Honor ini jauh lebih murah dengan harga RM2,099 atau RM1,099 saja.

Ciri face unlock akan diperkenalkan selewat-lewatnya Mac ini untuk Honor 7X selepas kemaskini perisian namun View10 akan terus tersedia sebaik pengguna membelinya pada minggu depan.

Mengesahkannya, George Zhao Zhiwei, ketua Honor Malaysia berkata pengguna akan memperolehnya pada kadar segera.

“Malaysia menjadi negara pertama yang akan menikmati kemaskini fungsi face unlock ini di dunia,” kata George.

Face unlock berfungsi apabila pengguna menekan butang kuasa untuk mengaktifkan skrin dan face unlock tidak memerlukan kata laluan sebaik mengesan wajah dengan pantas.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: