Kerap tayang kemewahan di FB Live, peniaga ini hampir hilang nyawa

Share Button

Kerap melakukan Facebook Live untuk mempromosikan bisnes membawa padah kepada peniaga kosmetik yang dirompak beberapa jam setelah sesi siaran langsung tamat.

Bukan saja hilang barang kemas berjumlah RM150,000 dan wang tunai RM8,000 malah mangsa ditembak di betis dalam rompakan tersebut.

Mohd Irfan Abdullah berumur 26 tahun juga dikunci dari luar perompak di pejabatnya di Rantau Panjang.

Kejadian berlaku hampir tengah malam tadi dilakukan tiga perompak manakala Mohd Irfan Abdullah hanya seorang diri berada di pejabat di tingkat satu.

Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Pia yang juga Ketua Polis Daerah Pasir Mas mengesahkan kes ini.

Katanya, mangsa ditembak di bahagian betis kiri dan polis menemui peluru sepanjang 9 milimeter (mm) di lokasi kejadian.

“Mungkin sudah dirancang berdasarkan kepada pergerakan mereka melalui CCTV. Selain itu kemungkinan besar mereka lari ke sempadan memandangkan jaraknya yang terlalu dekat,” katanya dipetik akhbar Harian Metro. “Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Nordin Kadir, 51, berkata, kejadian itu diketahui jam 11.35 malam selepas mendapat panggilan daripada Mohd Irfan.

“Semalam, kami sempat makan bersama dan dia kembali ke pejabatnya selepas solat Maghrib. Biasanya dia akan ditemani beberapa pekerja, namun semalam cuti dia sendirian di pejabat,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Katanya, adik iparnya itu menjalankan perniagaan dalam talian dan aktif membuat ‘live’ video di Facebook dan yang terakhir jam 3 petang semalam.

Apa komen anda?