Dell XPS 13, senipis cinta awak pada saya

Share Button

Nipis saja! Itulah gambaran kepada laptop baru Dell XPS 13 yang diperkenalkan di pameran elektronik pengguna atau CES 2018 baru-baru ini.

Segar dari sana, Dell XPS 13 dipertontonkan kepada TheSkop yang mempunyai skrin 13.3 inci 4K dan menariknya paparan 1080p InfinityEdge pada monitor dengan jarak skrin-dinding yang sangat kecil ini menampakkan seolah-olah skrinnya penuh tanpa kotak.

Ia mempunyai kekuatan prosesor Intel Core i5-8250U atau Core i7-8550U gen-8 dengan keupayaan RAM 16GB selain kapasiti storan pula jenis SSD daripada 128GB hingga 512GB.

Tidak jauh tarikh pelancarannya di Malaysia apabila Dell memaklumkan kepada TheSkop ia akan dibawa pada penghujung bulan ini namun belum lagi pada model XPS 13 2-in-1.

Rekaan minimalis dengan jumlah portnya bergantung kepada USB-C bermakna anda perlu membeli adaptor tambahan bagi sambungan lain.

Ia berikutan rekaannya yang betul-betul mahu dinipiskan sebaik mungkin. Tetapi jangka hayat baterinya lebih baik apabila mampu bertahan sehingga 19 jam.

Harga pula masih menjadi teka-teki kerana Dell masih belum tentukan bagi nilai XPS 13 di Malaysia dan yang pasti, warna pilihan termasuk kelabu dan putih+emas.

Apa komen anda?