[CES2018] Toyota sedia kenderaan hantar piza tanpa pemandu

Share Button

Toyota memperkenalkan kenderaan tanpa pemandu seakan bas kecil yang beroperasi menggunakan elektrik, e-Palette.

e-Palette dikhusukan untuk penggunaan komersil seperti menghantar piza, barang runcit dan perkongsian kenderaan.

Presiden Toyota, Akio Toyoda, berkata kenderaan elektrik tanpa pemandu itu akan digunakan secara rasmi pada Sukan Olimpik 2020 yang mana Jepun menjadi penganjurnya.

“Zaman sekarang, pengguna menuju ke pusat beli-belah untuk membeli barangan tapi pada masa depan kenderaan tanpa pemandu akan menghantarnya terus depan rumah,” katanya.

Toyota sudahpun menandatangani perjanjian dengan stor mudah alih seperti Amazon, Pizza Hut dan Uber bagi penggunaan e-Palette.

Apa komen anda?