[CES2018] Teknologi CareOS buat anda bertapa lebih lama dalam bilik air

Share Button

Satu lagi pengumuman penting dalam CES 2018 menampilkan CareOS, yang menghubungkan pelbagai peranti bagi kegunaan dalam bilik air.

Sistem operasi terbabit membolehkan anda menggunakan peranti seperti pembesar suara, skrin dan pelbagai peranti berkaitan tanpa perlu menyentuhnya kerana operasi dilakukan menerusi arahan suara saja.

Misalnya, anda mahu melihat video teknik solek yang akan terus dipancarkan di cermin bilik air.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolibree yang memasarkan produk ini, Thomas Serval, berkata lebih banyak peranti dan aplikasi kini berkait rapat dengan kegunaan dalam bilik air atau tandas dan pengguna perlu berinteraksi dengannya tanpa telefon pintar.

“Dianggarkan pada 2030 sebanyak 125 bilion peranti akan berhubung antara satu sama lain dan kebanyakannya akan digunakan dalam bilik air,” katanya.

CareOS membolehkan konsumer memantau kesihatan, kecergasan dan rutin kecantikan dengan ciri interaksi tanpa sentuh, arahan suara, pengesan wajah, AI, AR, pencahayaan pintar dan visual 4D (rakaman 3D serta ‘time lapse’).

OS ini menjamin ciri keselamatan apabila sistemnya mengunci senario yang berlaku dalam bilik air daripada kebocoran data.

Apa komen anda?