[CES2018] Qualcomm yakin telefon 5G sebelum tarikh ini

Share Button

Presiden Qualcomm, Cristiano Amon berjanji teknologi rangkaian 5G akan dimasukkan dalam cip pemprosesan telefon pintar paling lewat pada 2019.

“Teknologi 5G akan digunakan dalam telefon pintar selewat-lewatnya menjelang 2019 iaitu lebih awal dari jangkaan orang ramai,” katanya.

Keupayaan rangkaian 5G ditagih pengguna di dunia dengan peningkatan kelajuan Internet berbanding 4G sekarang.

Berdasarkan kelajuan 5G, pengguna dijangka berupaya memindah turun filem HD penuh dalam tempoh beberapa saat saja.

Apa komen anda?