[CES2018] Nvidia lancar cip kereta tanpa pemandu, adakah Proton atau Perodua gunakannya?

Share Button

Cip prosesor berdasarkan artifical inteligence atau AI (kecerdasan buatan dalam bahasa Malaysia) pantas diperkenalkan Nvidia pada pameran CES 2018 kali ini.

Ia direka berdasarkan projek Xavier dengan tiga varian pemanduan automatik diperkenalkan.

Danny Shapiro yang juga ketua automotif Nvidia berkata AI yang sudah biasa dalam telefon pintar kini bersedia untuk disesuaikan dengan kenderaan.

“Drive AR (salah satu varian Xavier) akan ditawarkan SDKnya kepada pembangun untuk mencipta pengalaman pemanduan lebih sempurna yang boleh melakukan tugas seperti mengesan keadaan lalu lintas, melihat lokasi pada masa sebenar atau meninjau lokasi yang ingin dituju dulu sebelum kenderaan mula bergerak.”

Sehingga kini, terdapat lebih 25 pelanggan yang juga pengeluar kenderaan yang bersetuju menggunakan teknologi ini dengan sampel pertama akan tiba pertengahan tahun ini.

Manakala Nvidia juga mengatakan lebih 320 rakan kongsi bekerja dengan Nvidia untuk pemanduan automatik.

Uber dan Volkswagen antara dua rakan kongsi yang bakal menggunakan teknologi baru Nvidia ini.

Maklumat yang diterima TheSkop mengatakan tiada satu pun pengeluar kenderaan buatan Malaysia yang berminat untuk mendapatkan teknologi ini.

Apa komen anda?