[CES2018] Laptop Lenovo ini cepat cas, aktif guna pengesan wajah

Share Button

Lenovo membuka tirai CES 2018 dengan pengenalan laptop ‘power’, ThinkPad X380 Yoga lengkap dengan spesifikasi bertaraf ketenteraan yang dikatakan tahan lasak.

ThinkPad X380 Yoga mempunyai ciri unik apabila lengkap dengan cas pantas iaitu sudah boleh memperoleh 80% bateri dalam tempoh 60 minit saja yang kemudiannya boleh digunakan selama 13.6 jam (jika bateri dicas penuh).

Berdasarkan skrin boleh sentuh, ThinkPad X380 Yoga juga dibekalkan dengan stylus Active Pen dan juga kamera IR dipasang bersama Windows Hello yang bermakna ia akan mengaktifkan laptop sebaik saja mengesan wajah anda.

Model baru ThinkPad X380 Yoga ini mempunyai RAM sehingga 16GB selain menggunakan prosesor Intel Core i7 generasi 8 terbaru.

Di samping itu, ia juga boleh diputarkan selari dengan namanya model ThinkPad X380 Yoga yang juga berfungsi seakan tablet.

Model ThinkPad X380 Yoga direka dengan port USB-C dan juga tidak dilupakan storan SSD sehingga 1TB.

ThinkPad X380 Yoga dijual bermula $1,459 atau kira-kira RM5,821.

Apa komen anda?