[CES2018] Laptop Acer boleh masuk kad SIM

Share Button

Acer memperkenalkan laptop ternipis di dunia iaitu model Swift 7 (SF714-51T) yang hanya bersaiz sisi 8.98mm lengkap prosesor Intel Core i7.

Swift 7 mempunyai keupayaan sambungan 4G LTE pantas hasil kerjasama dengan Intel XMM 4G LTE sesuai kepada pengguna yang sibuk dengan bekerja di luar dan ketika memerlukan rangkaian yang hanya boleh disambungan dengan telefon.

Ia juga bermakna Swift 7 mempunyai slot kad SIM jenis nano.

Berdasarkan Windows 10 dan bateri bertahan sehingga 10 jam, Swift 7 mempunyai storan PCIe SSD 256GB dan juga datang dengan memori 8GB LPDDR3 bagi kelancaran penggunaan PC yang sebenar.

Laptop Acer Swift 7 juga mempunyai pengimbas cap jari dan pengakifan laptop hanya dengan menggunakan Windows Hello.

Bersaiz 14-inci, Swift 7 juga mempunyai paparan HD penuh IPS5 dan skrin sentuh jenis Corning Gorilla Glass NBT.

Acer Swift 7 akan dijual pada harga $1,699 atau kira-kira RM6,779 dan mula berada di pasaran Mac nanti.

Apa komen anda?