[CES2018] Huawei tawar internet laju macam roket

Share Button

Huawei memperkenalkan sistem wifi rumah yang menawarkan internet pantas kepada penggunannya.

Sangat superior dalam kelajuan, liputan dan prestasi, model Huawei WiFi Q2 mampu menawarkan sambungan internet sehingga 1867Mbps dengan sambungan berdasarkan kelajuan PLC dan mesh wifi yang juga backhaul rangkaian terpantas di dunia.

Huawei WiFi Q2 juga menyambungkan sehigga 192 peranti pada satu masa dengan hanya satu modem saja.
Sesuai untuk digunakan di rumah, Huawei WiFi Q2 menghantar isyarat wifi ke seluruh pelusuk rumah tanpa gagal dan boleh membangunkan sehingga 16 hotspot yang dihubungkan ke satu rangkaian tanpa konfigurasi berbeza.

Direka lebih selamat, Huawei WiFI Q2 mempunyai sistem keselamatan bersepadu yang mengelak akses tidak dibenarkan di samping enkripsi wifi dan perlindungan password sedia ada.\

Apa komen anda?