[CES2018] Benjilock, buka kunci guna cap jari

Share Button

CES 2018 diteruskan dengan gajet unik termasuk Benjilock yang membolehkan anda memangga pagar tanpa kunci.

Betul! Cara tradisional mengunci pintu, gril rumah kini berbeza apabila Benjilock hanya memerlukan cap jari anda untuk membuka kunci.

Benjilock yang mempunyai rekaan mangga kunci biasa mempunyai dua warna iaitu hitam atau putih.

Model Benjilock menggunakan bateri ion litium bermakna ia juga perlu dicas namun untuk tempoh yang singkat saja.

Sehingga kini, Benjilock membenarkan sehingga empat cap jari pengguna pengguna disimpan dalam data mangga ini.

Jangan risau, kunci simpanan juga dibekalkan tapi sekadar untuk masa kecemasan saja.

Buatan kukuh Benjilock membolehkannya tahan hujan dan persekitaran yang ekstrem dan boleh digunakan di luar rumah.

Pengguna yang mahu menempah boleh melayari laman web syarikat di Benjilock.com

Apa komen anda?