Anda boleh dapatkan 3 fon ini percuma

Share Button

Dengan bayaran bulanan sebanyak RM148 atau RM188, anda mampu memperoleh salah satu daripada tiga model fon ini secara percuma.

Itulah yang ditawarkan melalui pelan Celcom FIRST Platinum atau Platinum Plus yang juga membolehkan pengguna memperoleh 60GB atau 100GB internet.

Tiga model telefon yang ditawarkan termasuk Huawei Nova 2i, Vivo V7+ atau Oppo F5. Harga pasaran bagi semua model ini adalah RM1225.47, RM1225.47 dan RM1224.53.

Selain data internet, anda juga memperoleh panggilan dan SMS tanpa had ke seluruh rangkaian, percuma data untuk WhatsApp dan WeChat, YonderMusic serta VideoWalla.

Bagaimanapun, pengguna harus mengikat kontrak selama 24 bulan.

Apa komen anda?