Ada sesuatu yang ‘tak kena’ di sebalik Samsung Galaxy A8, A8+

Ada sesuatu yang tidak kena pada Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ yang dikeluarkan dan mula dijual hari ini.

Sesuatu pada reka bentuk, spesifikasi dan keupayaan pada model Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ dalam mendepani tahun 2018.

Ya betul! Kedua-dua model ini mempunyai nilai harga yang ok terutama untuk Samsung Galaxy A8 pada spesifikasi ditawarkan.

Samsung Galaxy A8 mempunyai skrin 5.6 inci FHD+ Super AMOLED, storan 32GB, RAM 4GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Bagi Samsung Galaxy A8+ pula, ia memiliki skrin 6.0 inci FHD+ Super AMOLED, storan 64GB, RAM 6GB dan bateri berkapasiti 3500mAh.

Itulah yang membezakan kedua-duanya.

Pada titik persamaan, Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ menggunakan jenis kamera yang sama. Kedua-dua mempunyai dwi kamera depan 16 megapiksel dan 8 megapiksel pada apertur f1.9 yang merakam swafoto lebih menawan.

Kamera utamanya pula 16 megapiksel PDAF dengan apertur f1.7.

Sam menguji sendiri gambar swafoto dengan Live Focus yang boleh di’adjust’ untuk mengaburkan bahagian belakang dan ia agak berkesan ketika waktu siang (rujuk gambar)

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ beroperasi pada prosesor octa core iaitu 2.2GHz Dual + 1.6GHz hexa yang memantaskan telefon ini.

Kelengkapan IP68 menarik terutama ketika musim hujan atau golongan milenial yang suka aktiviti lasak jadi untuk dibawa ke air terjun dan kolam renang bukan masalah tapi jangan pula air laut ya!

Samsung Galaxy A8 dan A8+ masing-masing dijual pada harga RM1,799 dan RM2,499. Harganya memang TAK KENA dengan spesifikasi yang ditawarkan. Setuju?

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: