10 iPhone ini layak dapat gantian bateri harga murah

Share Button

Permulaan baik bagi tahun 2018 apabila 10 model iPhone ini layak menikmati gantian bateri berharga hanya RM129 saja.

Ia boleh dilakukan dengan inisiatif Machines Malaysia selaras pengumuman gantian bateri oleh Apple berikutan kontroversi memperlahankan operasi iPhone seperti didakwa sebelum ini.

Model iPhone yang layak untuk menikmati gantian ini termasuk iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Proses gantian akan mengambil masa kira-kira 7 hari maksimum dengan tiga lokasi terpilih iaitu:

1. Suria KLCC
Lot 316B & 316C,
3rd Floor, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur.
Monday- Sunday
10am – 10pm

2. Northpoint Office
B-G-2, Ground Floor,
Northpoint Office,
Mid Valley City,
Medan Syed Putra Utara,
59200 Kuala Lumpur.
Monday- Saturday
9am – 6pm
Sunday & Public holiday
Close

3. The Curve
Lot G17 – G18
Ground Floor, The Curve, Mutiara Damansara,
47810, Petaling Jaya
Monday- Sunday
10am – 10pm

Bagi Suria KLCC dan The Curve, pusat tersebut dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam manakala Northpoint Office pula dari 9 pagi hingga 6 petang.

Apa komen anda?