Xiaomi kata fon ini mampu tahan 8 hari

Anda kini boleh mendapatkan sebuah telefon pintar yang lengkap prosesor Qualcomm Snapdragon 425 dan bateri mampu tahan 8 hari (mod sedia) pada harga murah melampau.

Xiaomi Redmi 5A yang dijual pada harga RM399 saja datang dengan RAM 2GB serta storan 16GB disediakan bersama kamera 13MP Phase Detection Autofocus (PDAF) untuk fokus pantas pada kamera belakang dengan kelengkapan apertur f2.2.

Kamera depan pula 5MP dengan apertur f2.0 serta fungsi beautify pro dan pintar.

Menggunakan paparan 5 inci HD, anda boleh memilikinya dengan pilihan dua warna iaitu kelabu atau emas.

Ia akan dijual secara eksklusif di Lazada bermula esok.

Telefon ini mempunyai bateri 3000mAh dengan kenipisan 8.35mm.