Tak ‘hingin’ X kalau ada fon AI mudah pertama di dunia, Mate 10

Sememangnya iPhone X tanpa disangkal menjadi pesaing yang ‘bertubuh sado’ dalam pasaran telefon pintar tapi semestinya fon tersebut ‘perfect’ untuk dibeli.

Huawei Mate 10 telah terbukti mengatasi iPhone X dalam pelbagai aspek seperti memaparkan gambar yang lebih jelas dan lebih ‘sharp’ memandangkan Mate 10 mempunyai salah satu paparan terbaik di pasaran.

Bahagian depannya semua mengenai atau penuh skrin, dengan nisbah skrin-ke-badan 81.6% yang mengagumkan. Di bawah skrin terdapat pengimbas cap jari manakala ruang atasnya memiliki kamera depan dan pembesar suara. Kerana kedudukan depan iPhone X, peranti itu kehilangan ruang tontonan.

Mate 10 juga mempunyai fungsi SuperCharge yang menjadikannya lebih pantas mengecas dan mengekalkan hayat bateri 4000mAh, yang jauh lebih besar berbanding bateri 2716mAh pada iPhone X.

 

Lagipun, iPhone X ada batasannya. Sebagai contoh, ia tidak mampu menempatkan dua kad SIM pada satu masa. Tambah pula, jangka hayat bateri sudah pasti rendah kerana ia menggunakan skrin OLED yang dikeluarkan Samsung, bermakna lagi tinggi resolusinya, lagi cepatlah bateri habis.

Meskipun cip Apple A11 Bionic berkuasa tinggi, jangan terus menyangkal Huawei Kirin 970 kerana Kirin 970 adalah prosesor mudah alih pertama yang mempunyai cip NPU tersedia di dalam.

Ia juga mempunyai sambungan Cat.18 (downlink) dan Cat.13 LTE (uplink) dengan kelajuan muat turun peak berupaya menjangkau 1.2Gbps. Laju tu! Di samping itu, ia juga peranti pertama di dunia yang mempunyai Mali-G72 GPU (12 cores). Bukan itu saja, ia prosesor petama dibuat melalui proses 10nm.

Tambahan lagi, Huawei Mate 10 datang dengan mod desktop yang dipanggila Easy Projetion. Dengan satu saja penyambung USB Type-C ke HDMI, anda boleh menghubungkan fon anda ke mana-mana paparan pada monitor dan anda sudah mempunyai PC desktop yang menggunakan versi EMUI 8.0.

Sambungkan Mate 10 dengan papan kekunci bluetooth dan tetikus, anda boleh memiliki pengalaman dekstop penuh di depan mata. Ia seakan Samsung DeX Station tapi tanpa gajet-gajet tambahan lain yang mahal.

iPhone X? Agak menyedihkan kerana langsung tiada fungsi ini.

Anda juga boleh mengenepikan iPhone X kerana harganya memang melantun. Huawei Mate 10 mempunyai nilai harga yang jauh lebih baik. Bayangkan Huawei Mate 10 dijual pada harga RM2,699 tapi iPhone X pula RM5,349, itupun nilai yang paling murah.

Kos untuk membuat iPhone bukanlah mahal tetapi margin harga jualan itu yang menjadi kepentingan Apple.

Huawei pula bukan terlalu mementingkan keuntungan (memang penting tapi bukan melampau), tetapi jika dilihat mereka lebih mahukan penguasaan pasaran kerana segmen telefon pintar penting untuk mereka.

Membandingkan harga Mate 10 dan iPhone X…Bagai langit dan bumi.

Berdasarkan perbandingan harga dengan iPhone X, Huawei lebih dominan. Bandingkan pula dengan Samsung Galaxy Note 8, ia juga menang besar.

Pengguna perlu melihat keseluruhan faktor ini sebelum membeli peranti masing-masing termasuk konfigurasi peralatan, tawaran perisian, nilai tambah dan juga paling penting, harga sebelum membeli.

Iphone X memang agak ‘stunning’ tapi masih terlalu mahal untuk rakyat negara ini. Menjerut kocek dan sudah tentu melampau nilainya meskipun datang dengan pelan telco.

Saya lebih memilih Huawei Mate 10 yang relevan dengan nilai wang boleh diterima bagi sebuah fon flagship dan juga spesifikasinya memang hebat.

Keupayaan R&D Huawei juga jelas kelihatan kerana Huawei satu-satunya syarikat telefon pintar dari China yang mampu mengikut rapat gergasi Cupertino, Apple.

Dari hari ke hari, Huawei semakin meningkat dari aspek kualiti dan inovasi dan tidak melampau jika dikatakan bakal menjadi antara yang terbaik dunia.