Salah guna emoji ini boleh membuatkan anda melingkup dalam jel

Share Button

Pelbagai emoji baru diperkenalkan WhatsApp namun tahukah anda terdapat satu emoji yang boleh menyebabkan anda kehilangan wang ringgit sehingga RM50,000 maksimum dan boleh dipenjarakan tidak melebihi satu tahun?

Jika anda menghantarnya ke individu lain, memberi komen dan sebagainya yang menyebabkan individu tersebut tidak senang atau selesa dengannya, dia boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Ya, emoji berbentuk jari tengah disifatkan sebagai isyarat lucah yang boleh dikenakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang mempunyai dua peruntukan utama membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet.

Di bawah Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain, seseorang yang
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –
(I) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan.

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Apa komen anda?