Razer Phone mula dijual di Malaysia pada harga…

Share Button

DirectD mula menjual fon game handal, Razer Phone ke pasaran Malaysia.

Ia dijual pada harga RM3,299 saja.

Fon sebenar kaki game. Itulah yang bakal diperoleh pengguna apabila Razer memperkenalkan Razer Phone tidak lama lagi.

Razer Phone berasaskan teknologi UltraMotion yang mempunyai kadar paparan 120Hz. Bermakna anda boleh bermain tanpa tersekat pada skrin Quad HD.

Audio pula beroperasi pada Dolby ATMOS yang turut menggunakan Qualcomm Snapdragon 835 serta paling kental RAM 8GB.

Sistem dwi kamera juga diperkenalkan di mana keduanya beresolusi 12 megapiksel (lensa f1.7 sudut lebar dan telephoto).

Sekiranya anda risau dengan tahap bateri, mungkin boleh menarik nafas lega apabila pada 4000mAh, ia tahan lama meskipun game dimainkan bersifat ‘heavy’.

Spesifikasi
– Skrin 120Hz UltraMotion
– Qualcomm Snapdragon 835 dengan 8GB RAM
– Kamera 12MP dwi kamera.
– Setoran 64GB UFS
– Paparan 5.7-inci IGZO LCD 1440 x 2560 120 Hz, Wide Color Gamut (WCG) Corning Gorilla Glass 3
– Kamera depan 8MP FF f2.0
– 4000 mAh lithium-ion, Qualcomm® Quick
– Saiz 158.5 x 77.7 x 8 mm

Apa komen anda?