Pengerusi eksekutif Alphabet letak jawatan

Share Button

Alphabet baru saja mengumumkan yang Eric Schmidt telahpun berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif namun akan tetap menyokong ibu syarikat Google itu sebagai penasihat teknikal, bermula bulan hadapan.

Schmidt yang disunting oleh pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin telah berkhidmat selama 17 tahun dan kini bersedia untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam sudut sains dan teknologi.

“Eric telah banyak menyumbangkan kepakarannya dalam bidang perniagaan dan kejuruteraan, serta mempunya wawasan yang jelas mengenai bidang teknologi di masa hadapan,” kata Page.

Menurut laporan AFP itu lagi, Schmidt berkata, “Akhir ini saya banyak meluangkan masa menangani isu sains dan teknologi serta kebajikan, maka saya bercadang untuk memperluaskan lagi usaha ini.”

Sumber artikel: AFP
Sumber gambar: Reuters

Apa komen anda?