Siar Pengabdi Setan di FB Live, bakal kena jel 5 tahun

Share Button

Seorang wanita menanggung malu dan kemungkinan didakwa berikutan menyiarkan Pengabdi Setan secara langsung ketika sedang menonton filem tersebut di panggung wayang.

Aktor yang juga pelakon filem tersebut, Bront Palarae memuat turun gambar seorang wanita pada status Twitter dengan ayat “Adik ni dah kena tangkap sbb cuba siarkan #PengabdiSetan scara Live di FB. Kena tangkap xberbaloi, hilang masa depan.”

Aktor tersebut memandang serius masalah cetak rompak cara baru yang membuat secara langsung mana-mana filem di Facebook.

Dipercayai berlaku di Malaysia, rakaman secara langsung itu diretweet sebanyak 1,180 kali.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 memperuntukkan mana-mana orang yang mengendalikan suatu alat perakam pandang dengar di dalam bilik penayangan untuk merekod apa-apa filem secara keseluruhannya atau sebahagiannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Apa komen anda?