Machines tawar iPhone pada harga bawah RM1,500

Tarikh esok perlu diingati apabila Machines Sdn Bhd atau Machines menganjurkan jualan 12.12 sebagai signifikan kepada 12 Disember.

Bermula esok hingga 24 Disember, pelanggan boleh menikmati potongan hebat termasuk Apple Watch (bermula RM999), iPad Pro (bermula RM1,599), MacBook Air (bermula

RM2,999), MacBook (bermula RM3,999), Macbook Pro (bermula RM6,999) dan barangan lain pada kadar diskaun hingga 80%

Manakala kesemua pembelian melalui stor online akan membolehkan penghantaran percuma ke Semenanjung Malaysia.

Pelanggan juga mempunyai pilihan sama ada memilih untuk mengambilnya di stor Machines terpilih atau di depan pintu rumah.

Setiap pembelian boleh dilakukan sama ada melalui pemindahan wang atau kad kredit.

“Ia jualan bagi sambutan krismas dan peluang untuk pelanggan membeli hadiah untuk ditujukan kepada orang tersayang,” kata Andrew Cheng, Pengarah Machines.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: