Sony langkah mengejut

Share Button

Peminat Sony pasti tahu yang gergasi teknologi Jepun ini punya sensor pengimejan yang sangat berkualiti, jenama Cyber-shot saja sentiasa buat penulis teringat gambar-gambar digital pertama yang pernah dirakam dulu.

Bercakap dengan Reuters baru-baru ini, Sony mengakui yang sensor pengimejan mereka antara teknologi yang telah membantu syarikat itu menempuh kegawatan ekonomi. Syarikat itu turut mendedahkan yang ia bakal menginjak lagi melalui teknologi robotik dan self-driving cars tidak lama lagi.

Kedua-dua bidang ini memerlukan teknologi sensor yang sudah dimajukan Sony, dan pemerhati berpendapat syarikat itu punya kelebihan untuk melangkah lebih jauh daripada pesaingnya.

Antara teknologi ang sedang diperbaiki oleh syarikat itu termasuklah teknologi mengukur jarak untuk mengesan cahaya yang dijangka boleh digunapakai untuk autonomous driving, robotik dan pengilangan.

Selain itu, sensor ‘Time-of-flight’ yang mengukur masa yang diambil cahaya untuk memantul daripada sesuatu objek pula dijangka boleh digunakan di dalam drone dan robotik.

Sumber artikel dan gambar: Reuters
https://www.reuters.com/article/us-sony-strategy/saved-by-sensors-sony-aims-to-expand-their-use-in-robotics-self-driving-cars-idUSKBN1EE0PD

Apa komen anda?