[ISU IPHONE] Ganti bateri iPhone korang kurang RM150, adakah Malaysia termasuk? Baca sampai habis

Share Button

Oleh Xavier Naxa

Apple Secara Rasmi Membuat Permohonan Maaf Bagi Isu Kontroversi Menyembunyikan Rahsia Mengurangkan Prestasi iPhone Dan Sebagai Balasan Pihak Mereka Mengurangkan Harga Penukaran Bateri iPhone.

Hari ini Apple secara rasmi telah membuat permohonan maaf kepada semua pengguna iPhone berhubung isu kontroversi berkenaan Apple menyembunyikan rahsia mereka mengurangkan prestasi iPhone.

Umum mengetahui bahawa pihak Apple telah secara senyap-senyap melepaskan iOS yang mana ia mengurangkan prestasi iPhone anda sekiranya bateri anda sudah menunjukkan tanda-tanda masalah.

Pihak Apple juga telah mengesahkan bahawa mereka tidak sama sekali menggunakan peluang ini untuk memaksa pengguna membeli model yang terbaharu.

Selain itu, di dalam kenyataan ini juga pihak Apple telah menerangkan serba sedikit berhubung sifat bateri yang mana jangka hayat bateri akan menurun setelah ia digunakan dalam tempoh yang lama.

Pihak Apple juga menegaskan bahawa jumlah caj bukan satu-satunya faktor penyebab jangka hayat bateri iPhone tersebut turun.

Antara faktor lain adalah dengan meletakkan iPhone pada suhu yang tinggi akan menyebabkan jangka hayat bateri turun dengan mendadak.

Pihak Apple juga memaklumkan bahawa sifat bateri iPhone itu sendiri yang mana ia tidak mampu beroperasi dengan baik sekiranya peratus bateri telah minima. Akibatnya iPhone tersebut terus terpadam dengan sendirinya.

Pihak Apple juga mengesahkan bahawa iOS 10.2.1 merupakan antara penyelesaian masalah ini dan telah dikemaskini pada beberapa model iPhone antaranya iPhone 6, iPhone 6Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan iPhone SE.

Berdasarkan kemaskini ini, ia mendapat maklum balas yang positif dari pengguna dan pihak Apple terus menggunakan kaedah ini pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pada kemaskini iOS 11.2.1.

Bagi membalas kembali permohonan maaf ini, pihak Apple telah mengeluarkan tiga mekanisme bagi menyelesaikan masalah ini iaitu:

Mengurangkan harga penukaran bateri dari USD79 kepada USD29.

Pada tahun 2018 pihak Apple akan melepaskan satu fungsi yang mana ia dapat mengenalpasti status jangka hayat bateri iPhone anda.

Apple juga akan memastikan bahawa isu iPhone terpadam sendiri dapat diselesaikan dengan segera.

Ironinya dengan permohonan maaf ini sedikit sebanyak ia membantu pengguna yang alami prestasi menurun pada iPhone mereka dan mampu menukar bateri iPhone pada harga rendah.

Maklumat awal diterima TheSkop mendapati dua pengedar rasmi produk Apple mengesahkan akan mengikut langkah tersebut dengan menawarkan penukaran bateri berharga $29 untuk iPhone 6 dan ke bawah pada tahun depan.

Namun harga dalam ringgit masih belum diperoleh selain ditambah cukai GST.

Apa komen anda?