iflix terbit siri KL Gangster, bila masuk Malaysia agaknya?

Share Button

iflix, platform hiburan online mengumumkan pelancaran siri drama Melayu yang pertama di Malaysia iaitu KL Gangster: Underworld.

Drama enam siri tersebut diterbitkan sepenuhnya di Malaysia dan mengembang portfolio kandungan asal filem tersebut yang semakin berkembang.

Hasil kerja tangan box-office seperti KL Gangster, Munafik dan Abang Long Fadil, KL Gangster: Underworld adalah filem ‘spin-off’ ikonik Skop Productions.

Selepas KL Gangster 1 dan KL Gangster 2 dan diketuai oleh pengarah mantap Syafiq Yusof (Abang Long Fadil 1 & 2) dan Faisal Ishak (Juvana), drama baru ini mendapat sentuhan skrip Nazri Vovinski Annuar dan dihasilkan Datuk Yusof Haslam dan Syamin Yusof.

KL Gangster: Underworld dijadual akan disiarkan pada pertengahan tahun 2018 secara eksklusif di platform iflix di seluruh dunia.

Jalan cerita bermula selepas KL Gangster 1 – dengan geng yang bertembung kehilangan ketua mereka tidak diketahui sama ada mati atau dipenjarakan. Dalam keadaan tidak keruan ini, salah seorang gengster yang misteri membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam kegiatan gengsterism namun menukar fikiran akibat satu insiden.

Dalam pada itu, satu lagi taiko baru muncul dalam era baru KL Gangster ini.

Iflix kini mempunyai 1 bilion pengguna di Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Apa komen anda?