Honor unggul tahun ini, lebih cool tahun depan

Share Button

Tahun 2017 menjadi titik bangkit Honor yang mengagumkan. Lihat saja pada Honor 8 Pro dan Honor 7X yang membuatkan mulut kita ternganga.

Debut Honor pada 2018 sudah pasti lain macam auranya. Apatah lagi dengan View 10 iaitu sebuah telefon AI Honor, ia sangat ditunggu.

Sebab itu Ketua Honor Malaysia, George Zhao Zhiwe begitu yakin Honor mampu berkembang 3 digit pada tahun depan.

 

Sekarang, Honor 7x diperkenalkan dan seperti yang diharapkan, ia tidak gagal daripada jangkaan apabila mempunyai semua ciri-ciri menakjubkan termasuk paparan paparan penuh dan kamera dwi lensa pada harga hanya RM1099 menjadikannya telefon paparan fullview yang paling kompetitif

Satu kejutan yang ketara ialah penghormatan dan lagu khas dari rapper terkemuka Malaysia, SonaOne yang sangat bersemangat menyamai DNA jenama yang menyasarkan anak muda atau golongan muda di hati.

Selain itu, pelbagai perkongsian, GRAB, FINAL FANTASY, IGG, DJI, MOBILE LEGEND mahupun MICROSOFT, kejutan besar kepada pengguna yang juga penghormatan apabila jenama yang sangat terbuka dan benar-benar kukuh sedia berkolaborasi dengan Honor. Bukti Honor bukan jenama yang main-main.

Tunggu saja 15 Januari ini sempena View 10.

Honor menerajui trend dengan paparan FullView dan SonaOne menjadikannya lebih cool di Malaysia.

Honor telah membuat beberapa langkah yang luar biasa sejak pengakhiran 2017 apabila mereka telah memperkenalkan 7X yang lama menunggu, telefon pintar FullView pertama.Dengan semua spek dan harga “wow”, ia pasti akan menjadi produk paling gempak untuk jenama itu.

Honor telah berjaya mengambil langkah demi langkah untuk membezakan diri daripada orang lain, menjadikan dirinya jenama yang cool dan trend yang disukai oleh anak muda. Penggunaan artis hip-hop tempatan sebagai penghormatan untuk 7X, menandakan mereka sebagai penggerak utama sekali lagi, selepas menjadi yang pertama di Malaysia untuk mensasarkan telefon pintar permainan dengan Honor 8 PRO.

Malah, Honor juga cukup berani untuk menarik garis jelas dari jenama berkait rapat dengannya untuk mengelakkan perbandingan dan hubung kait yang rapat. Ia kelebihan besar jenama yang membebaskan diri daripada jenama yang sudah begitu maju di pasaran Malaysia dan menjadi sangat popular serta terkenal, satu-satunya sebab di sebalik itu adalah jenama Honor yang didedikasikan untuk generasi muda yang berorientasikan dan fokus pada was penjenamaan serta mendedikasikan kepada kumpulan pengguna ini.

Apa komen anda?