Pakar Ekonomi Islam – Bitcoin HARUS tapi…

Share Button

Pakar ekonomi Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman memaklumkan hukum memiliki adalah harus untuk simpan nilai dan melawan inflasi namun menegaskan wajib tahu tentang risiko nilai sedia ada yang mungkin ‘burst’ seperti buih yang meningkat sangat tinggi dalam tempoh sangat cepat hingga akhirnya meletup dan kerugian yang teruk adalah risiko yang juga perlu diambil kira.

Dalam pos Facebook beliau, Dr Zaharuddin berkata Bitcoin boleh dianggap sebagai wang walaupun ia bukan ‘legal tender’.

“Hal ini juga boleh dibaca dari kitab fiqh silam malah terdapat pengharaman menurut mazhab Hanbali khususnya bagi sesebuah kerajaan untuk membatalkan wang yang digunapakai oleh rakyatnya. sama ada hasil ciptaan pemerintah sebelum itu ataupun wang persendirian yang valid di sisi sesuatu komuniti,” katanya dalam point pertama ulasan ringkas beliau di Facebook.

Jelasnya lagi, hukum Harus jatuh untuk memiliki Bitcoin bagi membeli barang kerana ada kedai yang menerima bitcoin sebagai bayaran.

“Pastikan membeli bitcoin di exchange yang sah untuk mengelakkan ditipu. Tidak punyai info yang cukup berkenaan tempat membelinya serta kredibilitinya adalah suatu gharar yang MESTI dielakkan,” katanya/

Tambahnya, Bitcoin melalui proses ‘penempaan’ (mining) yang ketat dengan teknologi ‘block chain’ yang mengikat setiap transaksi juga berdasarkan formula mathematik yang sukar dirosakkan atau ditipu. Ditambah lagi ‘distributed public ledger’ yang telus di antara pihak miner.

Beliau juga berkata setakat kajian hingga kini, beliau tidak menjumpai unsur gharar yang besar.

“Juga terdapat teknik yang berfungsi seperti digital signature bagi setiap transaksi yang begitu rumit ditiru,” katanya.

Tetapi, Dr Zaharuddin berkata unsur gharar boleh wujud jika tiada yang tepat dikeluarkan oleh exchange dan jika ditipu oleh pihak yang mendakwa menjual bitcoin atau menyediakan e-wallet bitcoin, tidak diketahui tempat untuk membuat aduan.

Beliau juga jelas menunjukkan hukum hakam ketika penggunaan bitcoin sama seperti mata wang lain iaitu hukum riba terpakai dalam urusan bitcoin JIKA TIDAK menepati contohnya syarat TUKARAN secara ‘spot’, pinjaman dengan faedah dan lain-lain.

Beliau juga berkata agama menegah dan tidak harus memperdagangkan bitcoin untuk mendapat keuntungan dari perbezaan nilai secara spekulasi seperti forex trading.

“Kaedah mendpat wang dengan cara terbabit TIDAK KAITAN dengan pertumbuhan ‘real economy’ serta ia bakal menjadikan wang sebagai komoditi dan bercanggah dengan tegahan riba yang tidak membenarkan wang disewakan kerana manfaatnya dengan pulangan wang,” jelasnya.

Beliau juga memberi amaran, Bitcoin berisiko menjadi ‘tool’ scammer seperti emas, duit kertas dan lain-lain yang digunakan untuk menipu orang awam melalui skim-skim janji untung cepat kaya maka WAJIBLAH menjauhi SKIM sebegini.

Selain itu, Bitcoin juga besar kemungkinan dijadikan sumber pembayaran penjenayah yang ingin melepasi tapisan kerajaan ketika memindahkan pembayaran. Justeru, itu mungkin menjadikan pihak berkuasa bimbang dengan wang digital ini dan perlu mengawalnya di dalam negara ini yang juga menjadikan risiko berurusan dengan bitcoin bertambah.

PERLU JELAS BACA catatan saya, kebiasaannya pencinta bitcoin memerlukan pendapat HARUS BITCOIN agar mereka boleh hebahkan dan terus berdagang dan terus menerus berdagang serta berspekulasi atas kenaikan nilai bitcoin yang fluctuate (turun naik), PERLU JELAS, saya TIDAK BERSETUJU dengan hal terbabit. Justeru jangan ‘spin’ nota dan kenyataan saya kepada hal yang tidak saya persetujui. dan jangan terpedaya dengan mereka yang cuba meyakinkan kalian kononnya saya meluluskannya.

“Bitcoin digelar sebagai ‘speculative asset’ yang belum stabil nilai sebenarnya dan memerlukan masa untuk lebih stabil, atas sebab itu, ia sangat berisiko tinggi,” katanya.

Dalam pengenalan tentang Bitcoin, Dr Zaharuddin berkata Bitcoin boleh dianggap sebagai wang walaupun ia bukan ‘legal tender’.

Hal ini juga boleh dibaca dari kitab fiqh silam malah terdapat pengharaman menurut mazhab Hanbali khususnya bagi sesebuah kerajaan untuk membatalkan wang yang digunapakai oleh rakyatnya. sama ada hasil ciptaan pemerintah sebelum itu ataupun wang persendirian yang valid di sisi sesuatu komuniti.

Namun beliau berkata terdapat huraian lebih panjang tentangnya yang tidak dijelaskan dalam pos Facebook kini.

“Bitcoin juga disebut sebagai virtual currency menurut IMF. Boleh mainkan fungsi hampir serupa dengan wang kertas yang dikenali sebagai mata wang fiat.

“Mata wang fiat dan mata wang digital masing-masing tiada nilai instrinsik namun masih layak dianggap wang dalam dunia moden apabila ia mencukupi beberapa ciri wang yang disebut oleh ramai ulama silam dan moden,” katanya.

Bezanya, Dr Zaharuddin berkata mata wang fiat dicipta oleh kerajaan dan nilainya berdasarkan banyak faktor ekonomi sesebuah negara dan juga ‘demand supply’.

Manakala mata wang digital (bitcoin dan sebagainya) dicipta oleh pihak ‘anonymous’ & nilainya juga melalui demand and supply. Cuma penciptaan terhad kepada 21 juta unit sahaja dan ini menjadikan nilainya hanya bergantung kepada demand supply dan keyakinan ramai terhadap sistemnya.

Dalam Nota Tambahan pada pos tersebut, Dr Zaharuddin juga mengatakan menempelak golongan penyokong tegar Bitcoin yang mahu hukum ‘Harus’ bagi menghalalkan mereka terus berdagang dan berspekulasi atas kenaikan nilai bitcoin yang fluctuate (turun naik) yang langsung tidak dipersetujui beliau.

Beliau juga berkata untuk tidak ‘spin’ nota dan kenyataan beliau kepada hal yang tidak dipersetujui dan jangan terpedaya dengan mereka yang cuba meyakinkan pengguna kononnya beliau meluluskannya.

Beliau juga berkata had keharusan tertakluk kepada simpan nilai dan jadikannya sebagai medium of exchange bagi transkasi pembelian barangan sebenar semata-mata.

“Itu pun dengan syarat telah pastikan ‘gharar’ dikecilkan pada maklumat tempat beli dan tempat jual serta walet adalah dari syarikat yang valid dan berdaftar selain telah pastikan risiko nilai bitcoin jatuh dan lain-lain risiko lain sanggup ditanggung,” katanya.

Apa komen anda?