Antara punca data habis cepat, langkah perlu anda lakukan

Share Button

Setiap kali anda log masuk ke akaun Facebook (FB), pastinya anda akan scroll timeline media sosial berkenaan dan mendapati video yang ada dimainkan secara automatik.

Sama ada video tersebut ‘live’ atau biasa saja, semuanya sebenarnya memakan data meskipun FB mengatakan ia hanya memainkan selama 5 saat previu saja.

Jika anda semak penggunaan data, FB antara aplikasi yang menggunakan data tinggi dan antara puncanya adalah video.

Perkara ini bukan sahaja merimaskan anda, bahkan ia merunsingkan kerana ia akan menyebabkan anda cepat kehabisan data Internet.

Tetapi anda tidak perlu risau, terdapat cara mengatasi masalah ini.

1. Bagi yang menggunakan aplikasi Facebook di telefon pintar:

Pergi ke aplikasi berkenaan. Klik pada Settings, App Settings dan Auto-play. Seterusnya tekan pada mana-mana pilihan seperti Never Auto-play Videos atau On Wi-Fi Connestions only.

2. Untuk yang melayari Facebook menggunakan komputer mahupun PC:

Pergi ke Settings, klik butang Videos dan tekan pada butang Off.

 

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Apa komen anda?